Bismillahirrahmaanirrahiiim…
Alhamdulillah, malam ini daya berpeluang menonton satu video bertajuk ‘Laskar Pelangi’. Pernah tengok? Sudah? Belum? Tak pasti? Jadi, untuk sesiapa yang belum, cite ni MESTI tengok. Mari kita share ada apa dengan crita ni dari kaca mata hati daya. Hee,,
Cerita ini mengisahkan tentang kesungguhan 10 orang pelajar miskin di Belitong, Indonesia dalam menimba ilmu. Mereka belajar sekolah rendah di SD Muhammadiyah (sekolah usang yang hampir roboh dan mengamalkan pengajaran dengan HATI, bukan nilai, nombor atau kokurikulum semata-mata). Ketabahan guru sekolah mereka seharusnya dicontohi. Siapa 10 orang tu? Mereka ialah Ikal, Lintang, Mahar, Kucai, Sahara, Harun, Aklong, Syahdan, Berek dan Trapani. Di sini, daya suka sekali dengan watak Lintang, iaitu seorang anak nelayan miskin yang mempunyai 3 orang adik perempuan. Lintang akan menjaga adik-adiknya sehinggalah ayahnya pulang dari menangkap ikan. Kemudian, barulah dia akan ke sekolah dengan berbasikal dan terpaksa melalui kolam yang ada seekor buaya. Terharu dengan kegigihan Lintang dalam menuntut ilmu..
Sikap dan peribadi Lintang sangat..sangat menyentuh hati. Kenapa? Kerana dia seorang anak yang baik dan kuat semangat. Dia sanggup mengharungi perjalanan yang jauh untuk ke sekolah. Kita dulu pergi sekolah naik apa? Alhamdulillah..ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmatmu. Yang membuatku cukup untuk ke sekolah. Yang membuatku mampu menyambung pelajaran sehingga peringkat ini. Dan yang membuatku sedar akan siapa dan kenapa aku berada di duniaMu ini..
Selain peribadi yang baik, Lintang juga anak yang cerdas. Buktinya ialah dalam satu babak apabila Lintang, Ikal dan Mahar yang mewakili sekolah mereka berjaya merangkul johan dalam satu pertandingan. Biarpun dalam keadaan sekolah yang sangat dhaif tetapi mempunyai pelajar yang pintar. Siapa kata orang susah tak pandai? Siapa kata budak miskin pengotor? Cukup bersihkah kita? Bersihkah kita dari dosa dan maksiat yang kita lakukan? Astagfirullahal’Azim..ampuni diri ini ya Allah. Aku hamba yang lemah..
Filem @ crita ini benar-benar menyentap hati daya. Sayunya apabila Lintang tidak sempat menunjukkan sijil kemenangannya kepada bapa tercinta kerana bapanya telah meninggal dunia pada hari kemenangannya. Akhirnya, Lintang tidak dapat meneruskan persekolahannya kerana terpaksa menjaga adik-adiknya. Kasihan dan sedih sangat..waktu perpisahan antara Lintang dan kawan-kawannya. Ah, peritnya untuk berpisah..namun itulah hakikat.
Sebab itulah kita tidak boleh menjadi miskin. Eh, kenapa pula? Kerana kefakiran boleh membawa kepada kufur. Sebaiknya kita berusaha meningkatkan taraf hidup dan selebihnya bertawakkallah pada Allah. Sesungguhnya, Dia lagi Mengetahui akan takdir hamba-hambaNya. Ada hikmah akan setiap yang menimpa diri kita. Hari berlalu dan tahun berganti, Lintang sudah mempunyai anak dan anaknya turut mengikut jejak bapanya yang gigih dalam menuntut ilmu manakala Ikal pula mendapat biasiswa untuk menyambung pelajarannya ke Paris.
Pelbagai emosi dapat dirasa dalam cerita ini. Suka, duka..sayu, bahagia, cinta..semua ada. Ada beberapa kata perangsang dalam crita ni yang daya nak kongsi bersama:
“Kepemimpinan seseorang akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat”
“Teguhkan pendirian, kita perlu ada ketekunan, keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita, keberanian dan PANTANG MENYERAH menghadapi tentangan macam apa pun”
“Kalau nak pintar, kalau nak berhasil, USAHA”
“Rupa yang elok dimanja jangan dimanja..Pujalah ia oh saja, sekadar saja. Mengapa kau bermenung oh adik berhati bingung..janganlah engkau percaya dengan asmara”- ni lirik lagu Seroja, dinyanyikan oleh Mahar, anak cilik yang penuh seni +kelakar + sengal ckit.
Apabila mendengar lagu (yang baik-baik jak), hayati liriknya. Bila menonton cerita, fahami dialognya. Pasti terselit pelbagai pengajaran atau persoalan yang perlu kita fikirkan dan renungkan. Mudah-mudahan, apa sahaja yang kita buat, jika kita tekun dan fokus, banyak manfaat kita akan peroleh. Konklusinya, tontonlah crita ini. Mesti tengok bah..tau!
“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya”
3 comments:
nak tgk laskar pelangi 2... ade ye?leh bg?
ada..tapi daya tengok dari laptop kwan..akak nak transfer guna pndrive ka?pape msej eh
nak2 bwk kan time kita jmpe nnt
Post a Comment