Thursday, May 21, 2009

BaTu ATas RuMAH

Bismillahirahmaanirrahim…

17 Mei 2009, 10.47pm

“Tok! tok! Ketong!”

Sedang daya dan housemate menonton tv jam 8 lebih tadi, tiba-tibater dengar bunyi bising di zink rumah kami. Ingatkan nak hujan, tapi salah seorang dari housemate daya kata; “tak da keja lainlah tu”. Hmm.. apakah?



Rupanya ada seorang ‘pak cik’ sebelah rumah baling batu atas zink rumah kami. Dalam lima minit aktiviti membaling batu dibuat, stoplah pak cik tu setelah salah seorang housemate kami menegurnya. Ada ke..housemate daya cakap sebab ‘pak cik’ tu nak meng’usha’ salah seorang housemate kami. Astaghfirullah..dah lah buat bising kat rumah orang, dah berkahwin pulak tu, ada niat lagi nak ‘menggatal’. Pak cik yang daya maksudkan ni baru 20an nak masuk 30 tahun.. Saja panggil pakcik. Bagi sedar diri dah berumur..



Bukan batu atau rumah yang nak dijadikan cerita. Tapi sikap lelaki zaman sekarang. O0pss..!Bukan semua. Tapi segelintir..yang ‘gatal’ mengacau orang lain. sifat suka dan disuka adalah fitrah. Tapi kenalah pada cara dan suasana nya. kami datang untuk berpraktikal, timba ilmu, jadi..tunjuklah teladan yang baik pada kami. Supaya menimbulkan rasa hormat pada ‘pak cik’. Bukan menggangggu ketenteraman orang lain...macam mana nak aplikasi ‘yang tua dihormati, yang muda disayangi?’. Jagalah keluarga di rumah tu baik2..

Macam marah je daya..?(eRk..sebenarnya marah dan sedih jugak). Waktu-waktu ni lah kena aplikasi ‘menjaga ikhtilat’. Bagi yang dah ditarbiyah, insyaAllah boleh jaga.. Tapi bagi ‘orang-orang’ yang tak (belum)berapa kenal tarbiyah..nampak lah perbezaannya. Berbual mesra disangkakan perlu untuk menghormati si tua walhal topik perbualan tak bermanfaat pada yang muda mahupun yang tua..nanti jadilah ia meleret-leret sehingga ajak keluar makan, hantar pegi beli barang dan siap panggil ‘abang angkat, ‘adik angkat’ yang berlainan jantina. Adakah?..

tak boleh lah macam tu. Hukum tetap hukum.. tidak perlu ber’abang2 angkat’ ni.. kakak-kakak dan kawan-kawan perempuan yang lain kan ada.. mintalah tolong dari mereka, pasti akan dibantu.

Bagi kita mungkin xpa, ’alah , berbual je..bukannya ada pape pun’. Iye..mungkin betul tapi perlukah sampai mesra sangat? Tak cukupkah kalau beri salam dan bertanyakan yang perlu sahaja? (pertanyaan dengan nada tenang..). Renung-renungkan..

0 comments: