Thursday, May 21, 2009

Hijrah dan pengorbanan

Bismillahirrahmaanirrahiim…


21 Mei ’09, 1058 am, makmal Molekular Biologi

Hari ini kerja seperti biasa. Bezanya, lab hari ini di’bingitkan’ dengan lagu-lagu retro 70-an. Lagu-lagu cintan cintun pasangan muda. Terpaksalah ‘mendengar’ sekali. Tiba-tiba terimbau kenangan waktu persekolahan. Dulu dan kini..sangat berbeza. Waktu tu, berkawan dengan berlainan jantina (lelaki dan perempuan) macam biasa je. Nak tegur; ”wey, ko dah buat kerja. Ajarkan aku soalan semalam. Tak dapat jawab lah”. Takpun;” Ko suka kucing eh? Ko bela kucing tak? Kucing ko name ape?”. Ada saja ruang untuk berbual. Bergurau, gembira bersama..Ada pulak bersaing dalam study;”Ish, tak leh jadi ni, markah sejarah dia lagi tinggi dari aku. Next test aku kena lebih dari dia”. Indah sungguh waktu persekolahan..

Habis sahaja SPM, masing-masing membawa haluan. Ingin mengejar cita-cita. Ada kawan yang masih dihubungi, ada yang sudah lost contact. Dan kini, apabila telah mendapat tarbiyah (Alhamdulillah..), belajar satu perkara yang penting iaitu ‘ikhtilat’. Perluya kita menjaga batasan perhubungan dengan berlainan jantina. Apabila berkomunikasi, tundukkan pandangan, tegaskan suara dan cakap yang ‘perlu’ sahaja. Environment sebegini terasa asing, kerana sejak bangku sekolah sudah biasa ber’aku kau’ dengan kawan-kawan yang lain. Terasa hipokrit pun ada. Bila berhadapan dan berkomunikasi dengan ikhwah, segala teori menjga ikhtilat dipraktikkkan. Bila mesej sesama kawan sekolah, lain pula. “kau dah berubah”. Ayat itu bagai petir menyambar telinga. “Walaupun berubah, kita boleh lagi berkawan. Cuma, lepas ni kenalah bersopan sikit. Islam menggariskan panduan dalam kita menjalin ukhuwah”.

Tuhan..tetapkn hati ini untuk sentiasa menjaga ikthtilat. Untuk sentisa menjaga hati. Untuk sentiasa menjaga diri dari maksiat, kecil mahupun besar. Telah terbentang yang mana betul, yang mana salah. Jadi, pilihan di tangan kita. Muda-mudahan yang betul akan diikuti. Hijrah itu perlu apabila kita sudah mengetahui kebenarannya. Dan pengorbanan akan menjadi rakan karib dalam penghijrahan.. Ada yang boleh dikekalkan. Dan ada yang perlu diubah. Dulu dan kini sememangnya berbeza. Tapi, ukhuwah antara kita adalah selamanya..

0 comments: