Monday, May 25, 2009

HA? Ofis banjir?

23 Mei 2009, 933pm.
Bismillahirrahmaanirrahiim…

“anti..Puan F******* telefon tadi. Dia kata ofis banjir. Jum kita pi tengok”.

“HA..?? Ofis banjir?”

Segera daya respon penyataan seorang sahabat tadi . Pukul 1223pm. Aduh..baru rancang untuk masak tengah hari, sudah dikejutkan dengan berita ini. Tiba-tiba rasa takut dan risau menyelubungi diri. Tapi kenapa ofis (office actually) banjir, panggil daya dan sahabat ni pula?

Dalam perjalanan ke ofis, jiwa jadi kacau. Takut sungguh kalau2 dimarahi pengarah pusat. “Cukuplah Allah bagiku. Tiada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia memiliki ‘Arasy yang Agung”. Hati ini tidak putus2 memohon pada Allah. Moga dipermudahkan segala urusan. Tapi di sudut hati terdetik; ”habislah aku..baru 3 minggu LI dah buat hal..”

Sampai sahaja kami di ofis, terlihat beberapa pekerja lelaki sedang menyapu lantai ofis yang basah. Seluruh kawasan ofis diliputi air lebih kurang tinggi 5cm (anggaran lepas lihat kesan pada dinding). Hanya kami berdua dari kalangan hawa yang sampai untuk membantu. Banjir ni disebabkan oleh air tumpah dari lab yang daya dan sahabat ni selalu buat kerja. Air tu melimpah dari mesin air suling, sebab ada salur yang tercabut dari tempatnya. Maka air yang dah disterilized yang sepatutnya mengalir dalam tongnya, sebaliknya melimpah ke atas lantai. Mungkin air tu dah dua malam ‘menginap’ dalam ofis ni. Sebabnya kami tak pergi lab pada sabtu dan ahad. Jadi, air melimpah tanpa pengetahuan kami.



Segera daya dan sahabat ni mengambil mop dan penyapu untuk membantu mengeringkan air. Habis kertas2 yang diletakkan di atas lantai bawah meja pekerja2 di ofis ini basah dek air yang melimpah. “Aduh..habislah. Takutnya nak menunggu hari esok. Pasti kena marah oleh pekerja2 disini sebab kertas2 dokumen mereka basah.”

Alhamdulillah..untung supervisor dan penolong lab yang memantau kami tidak menyalahkan kami. Tapi kami sendiri yang ‘terasa’ dari peristiwa ini. Pengarah di pusat ini pun datang sama. Beberapa soalan diajukan. Dia menasihati daya supaya sentiasa check keadaan lab walaupun pada waktu cuti. Maklumlah, sabtu dan ahad kami cuti. Jadi..tak pi pun lab. Satu, sebab ofis berkunci. Dua, sebab takda kerja, jadi baik duduk di rumah.





Setelah dua jam bertungkus lumus, alhamdulillah..air yang melimpah dapat dibersihkan. Penat jugak. Sebelum ni selalu terfikir bila nak exercise. Nah, petang ni memang betul2 exercise. Lenguh ada, sesal ada, besh pun ada. Pukul 245pm kami pulang ke rumah. Dapat lah makan tengahari ‘free’ dari pengarah pusat sebab bersihkan ofis tadi.

Alhamdullillah..daya dan seorang sahabat ni dapat banyaak pengajaran. Jadi, buat daya dan sahabat2 yang ada membaca atau terbaca post ini: sentiasa teliti dan fokus dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Make sure kerja kita betul2 siap sebelum kita berangkat pulang. Jika kita melakukan sesuatu kesalahan, mengakulah. Tidak perlu mencari alasan untuk mempertahankan diri. Tak guna menegakkan benang yang basah. Terimalah segala nasihat dengan hati terbuka. (kejadian air melimpah ni adalah kesilapan yang bukan salah sesiapa. Hanya kesilapan teknikal.

p/s: “Menceritakan keaiban sendiri adalah satu kebodohan”

2 comments:

ilhami said...

salam daya...ofis bnjir??

yAya juN said...

ha'a..
ofis banjir
untunglah tak besar sangat ofis 2..
hu, ptma kli dlam sjarah tmpat li daya bnjir