Dengan nama ALLAH, Maha Pengasih, Maha Penyayang….
Alhamdulillah, menjengah ke hari aidilfitri ke-2 sudah kita. Post kali ini teristimewa buat semua yang menghantar sms raya . Maaflah inbox phone senang sahaja penuh. jadi terfikir pula kalau patrikan ucapan sahabat2 di sini. sebagai tanda terima kasih + penghargaan..insyaAllah tak di delete! =). Boleh juga buat rujukan untuk kemudian hari..
ha, cari lah mesej kalian kot ada di bawah…,
Sahabat kelab iqra’“Assalamu’alaykum..mudah2an Allah menerima amal kita pada bulan ramadhan yang lalu dan moga kita terus istiqamah dengan amal kita. Eid Mubarak! Maaf zahir batin..”
"Salam aidilfitri, semoga ramadhan lalu dapat mendidik jiwa kita untuk menjadi insan yang lebih bertaqwa dan sabar. Dan keluar darinya sebagai insan yang fitrah dan suci. Maaf zahir dan batin"
“Selamat ‘idul fithri 1 syawal 1430H. mohon maaf zahir dan batin. Minal ‘aidil wal faizin taqabbalaLlahu minna waminkum taqabbal ya kareem..Moga ramadhan yang berlalu ini membuahkan akhlak yang mulia dan taqwa kepada Allah insyaAllah”
“assalamu’alaikum. Salam aidilfitri buat semua. Mohon maaf jika selama ini ada salah dan silap. Semoga ramadhan yang berlalu dapat mendidik kita menjadi insan yang bertaqwa dan thabat di jalan dakwah. amiin..”
“salam. Ikhwah2 dan akhawat2 sekalian, dikesempatan ini ana nak ucapkan salam lebaran eidul fitri.. maaf zahir dan batin..moga amalan kita di bulan puasa yang baru sahaja meninggalkan kita akan diterima hendaknya..moga dapat mengharungi 11 bulan selepas ini dengan bersemangat..insyaAllah.. wsalam”
“Salam lebaran dengan ucapan ‘taqabbalaLlahu minna waminkum’-semoga Allah terima amalan kamu dan amalan saya sepanjang ramadhan yang baru berlalu. Maafkan segala silap dan salah”
“salam aidilfitri..maaf zahir batin..sambutlah aidilfitri dengan kefahaman yang betul yakni meraikan kejayaan yang kita peroleh takwa Allah SWT pada bulan ramadhan, insyaAllah..=) ”
“salam ikhwah, akhawat-lenalah dalam iman, bangun nanti dalam aman. Jangan lupa syahadah, bangkit nanti Alhamdulillah..hidup meniti arus ujian, kita mungkin kalah mungkin menang, namun orang mukmintidak akan ulangi kesilapan. Hati2 kemudi laluan, jangan tersasar arah. Kepada Allah jua kita berserah..inna ma’al ‘usri yusra, inna lillahi wa inna ilaihi rajiun..selamat hari raya aidilfitri”
“Syawal menjelang hadiah kemenangan buat seluruh umat islam..salam aidilfitri akhawat sekalian..maafkan andai tersalah kata/ perbuatan, terguris hati dan halalkan mana2 terambil/ termakan, moga berbahagia di samping keluarga”
"Selamat Menyambut Hari Raya,ampun dan maaf dipinta dari insan yang hina,semoga b’bahagia di samping insan2 tersayang,semoga amalan di bulan ramadhan tak berhenti di sisni,ukhuwwah fillah"
“Cakap kadang2 tak terjaga, janji kadang2 tak tertunai, hati kadang2 berprasangka, sikap kadang2 menyakitkan. Hidup ini menjadi lebih indah jika masih ada rasa kemaafan. Selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang tiba dan marilah kita membersihkan hati dan jiwa. Maaf zahir dan batin”
“~*selamat hari raya*~ 10 jari tangan dan kaki saya susun untuk mohon maaf, segala khilaf, harap jangan simpan di hati”
"salam 'Eid mubarak & hv a blessed Ramadhan. let's pray 4 His Gracious n Merciful 4 Granting us a victory of spirit..Takbir n praise to Him!~"
"Salam syawal. Eidulfitri dicipta untuk menyambut kemenangan orang2 y Berjaya dalam peperangan, menahan nafsu dan ujian2 y ditempuhi, jika kita x berjaya adakah layak utk kita meraikannya?..ramadhan bukan bulan rajin ibadah, tapi ia bulan dijadikan untuk mula rajin ibadah, semoga kita sama2 istiqamah dalam beribadah dan ikhlas keranaNya.mohon maaf dipinta, bukan sempena edi, tapi jika ada kesalaan yang dilakukan, sepanjang hidup ini, samada perasan@x, sengaja@x, sesungguhnya manusia tidak pernah lari daripada kesalahan. Selamat menyambut hari kemenangan"
Sahabat Islamic Intellectual club (IIC)“Ramadhan yang berlalu meninggalkan infiniti pengertian..sambutan hari kemenangan yang agung bagi setiap umat islam makin terasa..ku pohon maaf atas salah silap terlanjur perbuatan. Selamat hari raya adidilfitri..maaf zahir dan batin”
“Salam.ana mohon ampun dan maaf jika, terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yag tak kena, tertanya tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpinjam harta benda, termacam-macam lagi yang kena mengena..semoga dimaafkan semuanya. Selamat hari raya. Maaf zahir batin.”
“Salam. Selamat hari raya. Minta maaf atas segala kesilapan, kealpaan, kelemahan diri ini..”
“salam aidilfitri..moga kita bertemu lagi dengan ramadhan yang seterusnya. Dan semoga ramadhan tahun ini telah Berjaya mendidik jiwa-jiwa kita.. Eid mubarak. Maaf zahir batin”
"pak mat si nelayan pergi ke pasar mencari ikan bawal, pak tam pula mencari kura2, kenapa xucap eidul fitri awal2, sebab saje je nak ucap Selamat Eidul fitri yang ke-2!"
"xde motif pun mesej ni selain nak ucap Salam Eid Aidilfitri. jadikan Ramadhan sebagai titik tolak kita sebagai 'abid n khalifah ALLAH"
“salam eid fithri. Semoga ramadhan tadi lebih baik dari tahun lepas tapi tak sebaik tahun depan. Jangan lupa: orang susah, minta maaf dan memaafi, maintain amalan, muhasabah ramadhan, senyum”
madah kataBiar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat kita tetapi jangan tergadai silaturahim antara kita..selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin”
“Kata Imam al-Ghazali: yang jauh itu waktu, yang dekat itu mati, yang besar itu nafsu, yang berat itu amana, yang mudah itu berbuat dosa, yang panjang itu amal soleh dan yang indah itu saling memaafkan. Salam aidilfitri. Maf zahir dan batin”
“Bersempena syawal yang dinantikan, ramadhan indah telah berlalu..ku pohon ampun maaf atas setiap saat, setiap inci, setiap huruf, kediaman diri, keegoan diri, kebiadapan diri, dan setiap perlakuan yang tidak enak daripada diri ini dan juga kelewatan mengucapkan selamat hari raya..moga ramadhan dan syawal akan datang lebih indah dari hari ini. Amiiin..”
“salam aidilfitri..bahasa diucap adakala berbisa, janji dilafaz tidak semua dapat dikota, tugasan dilaksana ada yang tak sempurna, dalam pergaulan ada terguris jiwa, dalam bergerak kerja ada yang tersalah sangka, dalam kenangan ada yang dilupa, demikianlah insan bernama manusia, mohon diampun segala yang terlaku dan terkata, agar silaturahim dan persahabatan berpanjangan jua. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin..”
“Jika ada langkah yang menoreh hati, ada tingkah membekas luka, ada lisan yang tak terjaga, ada janji yang tak tertunai, ada hati yang berprasangka, serta ucapan berbunga dusta, maaf zahir dan batin”
mari belajar bahasa“Tunggu-tunggu rayo dah dokek, bakar lomang robuih ketupek, nak antar kad rayo dah tak sompek, sms jo copek, selamat hari rayo, maap zahir batin”
“Ngodok ketupat geni ne gedi, ojo sampe kebakar omah, salahe riko wes tak ampuni, ojo ngaei neh seng orak ngenah..selamat idul fitri maaf zahir batin versi jawa”
“pegi Sarawak nait belon, pegi ke johor nait kapal terbang, mintak maaf banyak2 kamek mohon, mun ada salah harap sikda yang meradang..:-D. kmk mtk maaf mun ada polah salah kat geng2 jemaah.. mudahan raya tok kita sambut dengan penuh syukur. Selamat hari raya aidilfitri”
berpantun“Pelita diletak atas para, hendak dinyala di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, tanda ingatan di aidilfitri. Salam lebaran. Maaf zahir & batin”
“Tangan ku hulur tak kesampaian, senyum ku ukir tak kelihatan, sms ku kirim tanda ingatan, di aidilfitri kita bermaafan. Selamat hari raya maaf zahir dan batin”
“Anak-anak pulang ke kampung, bertemu dengan ayah dan bonda, memohon ampun jangan diselindung, moga ukhuwah kekal berada, salam aidilfitri 1430H”
“Merah warnanya si buah ceri, buat hiasan menambah seri, sms dihantar pengganti diri, tanda ingatan di aidilfitri..selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin”
“Kembang indah lagi berseri, jadi hiasan suci di hati, SMS dititip pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati. Selamat hari raya, maaf zahir & batin”
“satu syawal menjelang tiba, takbir bergema menggegar jiwa, sekiranya ada salah dan dosa, ampun dipinta di hari mulia. Selamat hari raya maaf zahir & batin”
“Sungai disusur sehari-hari, dalam gelap menangkap ikan, ku susun 10 jari, salah dan silap harap maafkan..salam aidilfitri maaf zahir dan batin harap masih berkesempatan :-> “
Ingatlah“ya Allah, bulan ramadhan yang mulia ini akan meninggalkan kami, terima doa dan ibadah kami dan berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat ramadhan yang akan datang. Salam aidilfitri 1430H, mohon maaf atas segala salah dan silap”
“…dan perbuatan kamu bermaafan itu lebih hampir kepada taqwa [2:237]. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin”
“selamat hari lebaran sahabat~;} maaf ampun dipinta seandainya: tersilap kata, terkasar bahasa, lawak yang tak kena, terpijak kaki, terhimpit jari, tercalar di hati, salam sayang”
“slm selamat hari raya maaf zahir batin semoga bergembira di samping keluarga”
“salam aidilfitri..dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata, dalam gurau dan senda ada khilaf dan dosa. Harap dimaafi segala-galanya diseperjalanan usia ini..selamat hari raya. Maaf zahir dan batin”
“slm. Slmt menyambut hari raya aidilfitri..mohon ampun maaf atas segala kesalahan..semoga sentiasa dalam redhaNya dan cintaNya”
"salam aidilfitri..maaf atas salah & silap. semoga syawal kali ini diberkati Allah"
“selamat ari raya”-ucapan paling pendek, tepat, padat. Eheh..
uncategorized…“betik is papaya, rock is batu,ckit lagi nak raya, bagilah kad satu. Dis is kulit kerang, fish da ikan puyu, I cakap terus terang, I nak duit raya dari u. selamat ari raye! Maaf zahir dan batin!”-isy2..-_-
"Hai..Selamat hari raya aidil fitri..so how u doin..Av a nice day n enjoy ur raya..Tc bye.."
p/s: jazakumullahu khayran kathira buat semua sahabat2, ikhwah + akhawat, kakak2, makcik, adik,encik.. jangan lupa (terutama untuk diri sendiri): ziarah menziarahi, bermaafan, istiqamah dengan amalan sewaktu ramadhan...^-^
MEMO: “Perginya Ramadhan bermakna syaitan yang telah dibelenggu akan dilepaskan. Akan bersatulah syaitan dan nafsu kembali untuk memerangi manusia agar tunduk pada kemahuannya. Hari Raya merupakan saat yang paling strategik bagi syaitan memasang perangkap untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka. Kerana di hari ini banyak umpan-umpan yang boleh digunakan untuk menawan manusia.
Oleh itu sebaiknya, jadikan suara takbir, tasbih dan tahmid ketika Hari raya itu memberikan keinsafan bahawa telah bertambah umur kita dan mungkin tidak lama lagi kita akan bertemu dengan Allah. Sebulan mengharungi Ramadhan yang penuh dengan keberkatan menjadikan bekal kita, mudah-mudahan untuk menempuh seribu satu rintangan yang bakal mendatang di masa hadapan. Jangan lupa bermujahadah, menentang nafsu dan syaitan selagi hidup dikandung badan dan meneruskan lagi ibadah puasa enam di bulan Syawal.”
Monday, September 21, 2009
ucapan ailfithri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment