Tuesday, September 1, 2009

dulu begitu, kini begini?

sedang meng'explore' laman maya
ternampak kartun di atas..
baca lah!
jadi?
mungkin berlaku..mungkin tidak..
ada yang bermula dengan 'zero'..kini dibentuk menjadi akhawat yang bagus
namun, apakah ia akan tetap menjadi 'yang bagus'?

"mari, berusaha membina dan pertahan kekuatan akhawat pada 'dasarnya' supaya kita tidak tersasar dari matlamat sebenar dan moga sentiasa MEMELIHARA HATI"

أللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعَْلمْ َأنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ َقدِ اجْتَمَعَتْ عََلى

مَحَبَّتِكْ وَالْتََقتْ عََلى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عََلى دَعْوَتِكَ

وَتَعَاهَدَتْ عََلى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ َفوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِ َ طتَهَا وََادِمْ

وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبَُلهَا وَامْلأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِىْ َ لايَخْبُوْا وَ

اشْرَحْ صُدُوْرَهَا بَِفيْضِ الإِْيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ

عََليْكَ وََأحْيِهَا بِمَعْرَِفتِكَ وََأمِتْهَا عََلى الشَّهَادَةِ فِىْ سَبِيْلِكَ

إِنَّكَ نِعْمَ اْلمَوَْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ َاللَّهُمَّ آمِيْنُ صَلِّى اللَّهُمَّ

عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عََلى َالهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا

َ كثِيْرًا.

Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami”.

<<:::J*A*L*AN D*A*K*W*A*H:::>>
“Di atas jalan inilah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda r.a berjalan, demikian juga kita dan para pendokong dakwah berjalan dengan taufik dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan akidah dengan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah qudwah hasanah. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini...”
kata al-Marhum Syeikh Mustafa Mahsyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 5, Syeikh at-Tarbiyah wa ad-Dakwah.

**post di atas tidaklah ingin menekankan berkenaan berbaitul muslim (tapi penting ni..penting).,semoga kita menjadi akhawat yang benar2 'akhawat'..yang kekal thabat di jalan islam, kerana Allah..bukan pada nama sahaja, tapi pada setiap tingkah laku kita..ingatkan daya selalu!
MySpace

0 comments: