Saturday, December 5, 2009

bacalah..


SubhanaLlah..walhamduliLlah..wa la ilaha illALlah, ALlahuakbar..

Sedang membaca2 satu bahan rujukan tarbiyah, daya sangat terkesan dengan satu penerangan yang dibawakan..bacalah. muga bermanfaat, insyaAllah..


“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan. Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan. Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam. Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan. Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Oleh itu, golongan taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu…

waLlahua’lam...




“Ya Allah..ya Rahman..ya Rahim..aku bermohon padaMu ya Allah..diri ini belum cukup berkorban demi islam, belum cukup berjuang kerana islam. ibarat kapal di lautan..tanpa arah dan cahaya yang Kau tunjukkan, terombang ambinglah hati ini mencari2 halatuju kehidupan. Ya Allah..pimpinlah diri ini ke jalanMu, berikan keberkatan dan kejayaan kepada diri ini serta sahabat2 seperjuangan dalam kehidupan kami di dunia dan akhirat..ya Allah, jauhi kami dari sifat munafik serta jauhi kami dari kefasikan..sungguh kami hambaMu yang lemah..wahai Tuhan yang Maha Memberi Petunjuk, berikan kami nur HidayahMu..suluhi kehidupan kami dengan cahaya islam..agar kami thabat di jalanMu. amiin..ya rabbal ‘alamin….”



Wahai orang-orang budiman dan soleh!

Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!

Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan

sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.

Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu

Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,

Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.


Semoga Berjaya buat sahabat2 dikasihi fiLlah..

0 comments: