Wednesday, December 30, 2009

jalan kita

kiri..kanan

aku melihat ramai insan di sekeliling

berjalan..kadang tergesa berlari

menuju ke destinasi masing-masing

ada yang menyapa

ada yang lalu sahaja


di belakang

aku melihat ada yang terpinga-pinga

masih mencari jalan

meraba dalam kegelapan

aku di sini, adakah untuk terus ke depan

atau menghulur tangan


jangan

tinggalkan mereka yang terlewat

kerana masa masih ada


kadang

kita seronok..indah dalam dunia sendiri

di sinilah jalan dipilih

kita sibuk dengan dunia yang dicari

tapi selalu ingat


jangan

tinggalkan mereka yang terlewat

kerana masa masih ada


persoalan 'untuk memahami'

benarkah terbukti..

memahami..tapi tidak berusaha mendalami

yang penting..matlamat dikecapi

bagaimana yang di belakang

aku di sini, adakah untuk terus ke depan

atau menghulur tangan


jangan

tinggalkan mereka yang terlewat

kerana masa masih ada


dan jawapannya pasti

aku akan menghulur tangan

biarlah aku terlewat dari mereka yang di hadapan

tapi kau ada di sisi

dan kita bersama ke destinasi itu

selagi masa masih ada...



"sesungguhnya orang yang hidup untuk dirinya sendiri, ia akan hidup kecil dan mati sebagai orang kecil. Sedangkan orang yang hidup untuk umatnya, ia akan hidup mulia dan besar, serta tidak akan pernah mati"


kenangan KISKA 2010

best!!~



2 comments:

laveNder freak0~ said...

k.dayah,jalan hati2..jgn terjatuh dlm lobang mcm saudari kita cik zatamm..hehe

yAya juN said...

h0hoo..
zatamm jatuh,cian
insyaAllah..akak tak jatuh
'korang' kan ade sbg tmpat berpaut
wee~