Wednesday, December 30, 2009

jalan kita

kiri..kanan

aku melihat ramai insan di sekeliling

berjalan..kadang tergesa berlari

menuju ke destinasi masing-masing

ada yang menyapa

ada yang lalu sahaja


di belakang

aku melihat ada yang terpinga-pinga

masih mencari jalan

meraba dalam kegelapan

aku di sini, adakah untuk terus ke depan

atau menghulur tangan


jangan

tinggalkan mereka yang terlewat

kerana masa masih ada


kadang

kita seronok..indah dalam dunia sendiri

di sinilah jalan dipilih

kita sibuk dengan dunia yang dicari

tapi selalu ingat


jangan

tinggalkan mereka yang terlewat

kerana masa masih ada


persoalan 'untuk memahami'

benarkah terbukti..

memahami..tapi tidak berusaha mendalami

yang penting..matlamat dikecapi

bagaimana yang di belakang

aku di sini, adakah untuk terus ke depan

atau menghulur tangan


jangan

tinggalkan mereka yang terlewat

kerana masa masih ada


dan jawapannya pasti

aku akan menghulur tangan

biarlah aku terlewat dari mereka yang di hadapan

tapi kau ada di sisi

dan kita bersama ke destinasi itu

selagi masa masih ada...



"sesungguhnya orang yang hidup untuk dirinya sendiri, ia akan hidup kecil dan mati sebagai orang kecil. Sedangkan orang yang hidup untuk umatnya, ia akan hidup mulia dan besar, serta tidak akan pernah mati"


kenangan KISKA 2010

best!!~



Thursday, December 24, 2009

hari lahir mak

"as'kum..jangan lupa ucap selamat hari lahir mak besok. abah doakan baik2 di sana,k.."

satu mesej yang diterima dari abah, mengingatkan tentang hari lahir mak yang ke 47 pada 16 disember yang lalu. Sudah 21 tahun rupanya bersama-sama dengan mak dan abah. alhamdulillah.. syukur pada Allah dikurniakan ibu bapa yang memahami dan sentiasa menyokong diri ini. abah, memandangkan dia seorang guru, memang ramah. suka berbual dan ada sahaja idea untuk dikongsi..mak pula senyap. kalau di rumah bukan mak yang selalu menegur kami jika berbuat salah, tapi abah. senyap2 mak..kami sentiasa berhati2. jika mak diam je..mungkin adalah tu salah yang kami adik beradik buat tanpa disedari. mungkin sebab tu juga daya ni ada masanya senyap..ada masanya kepoh..ada masanya suka memerhati. daya selalu perhati mak dan abah..suami dan isteri itu saling melengkapi..begitulah mereka..

mak..punya harapan untuk daya terus bekerja selepas habis belajar..daya pula, terlalu 'sayang' untuk tinggalkan UTM. terlalu banyak pengalaman manis dan terindah dikutip..walau kadang disulami dengan kesedihan dan kepahitan. namun beginilah jalan yang dipilih..yang mana takkan sentiasa ceria, takkan mudah. berbekalkan kasih sayang dan rahmat Allah, redha ibu bapa dan kekuatan ukhuwah sahabat2 bisa menjadi penguat diri..


anis sayang mak tau

"selamat hari lahir mak!! semoga sentiasa sihat dan gembira selalu..mak nak hadiah apa?"


"tak payah lah..simpan duit tu untuk belajar.."


(mak, satu hari nanti ya akan cerita banyaak dengan mak tentang apa yang ya 'dapat' di UTM.. banyak mak..semoga Allah panjangkan umur mak agar ya dapat sentiasa bercerita dengan mak..amiin ya rabbal 'alamiin..)

farah pun sayang mak

"mak..doakan ya berjaya di sini eh mak.."

"iya..mak doakan..insyaAllah"


satu semester sahaja lagi hidayah..bertahan lah!~

mak, ya saayaaanggg mak!~



Saturday, December 5, 2009

bacalah..


SubhanaLlah..walhamduliLlah..wa la ilaha illALlah, ALlahuakbar..

Sedang membaca2 satu bahan rujukan tarbiyah, daya sangat terkesan dengan satu penerangan yang dibawakan..bacalah. muga bermanfaat, insyaAllah..


“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan. Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan. Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.

Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam. Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan. Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

Oleh itu, golongan taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu…

waLlahua’lam...




“Ya Allah..ya Rahman..ya Rahim..aku bermohon padaMu ya Allah..diri ini belum cukup berkorban demi islam, belum cukup berjuang kerana islam. ibarat kapal di lautan..tanpa arah dan cahaya yang Kau tunjukkan, terombang ambinglah hati ini mencari2 halatuju kehidupan. Ya Allah..pimpinlah diri ini ke jalanMu, berikan keberkatan dan kejayaan kepada diri ini serta sahabat2 seperjuangan dalam kehidupan kami di dunia dan akhirat..ya Allah, jauhi kami dari sifat munafik serta jauhi kami dari kefasikan..sungguh kami hambaMu yang lemah..wahai Tuhan yang Maha Memberi Petunjuk, berikan kami nur HidayahMu..suluhi kehidupan kami dengan cahaya islam..agar kami thabat di jalanMu. amiin..ya rabbal ‘alamin….”



Wahai orang-orang budiman dan soleh!

Wahai ahli zuhud dan ahli ibadat!

Di hadapanmu terbentang bahaya qanun Rabbani yang menggerunkan

sekiranya kamu terus membisu seribu bahasa.

Janganlah kamu diperdayakan oleh zuhud dan solatmu

Perkatakan kebenaran, halanglah kemungkaran yang sedang berlaku,

Jika tidak... tunggulah saat kebinasaan dan kemusnahan.


Semoga Berjaya buat sahabat2 dikasihi fiLlah..

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha

Bersempena aidiladha yang menjelang, ana @ daya nak ucapkan salam aidiladha buat semua yang membaca atau terbaca post di blog ini. mari singkap kembali dan ambil pengajaran dari pengorbanan nabi Ibrahim a.s. serta anaknda baginda, nabi Ismail a.s dalam mematuhi perintah Allah. kita..sudah berkorban? apa..yang dikorbankan? kerana apa..berkorban??

ahah!~ ada satu puisi KHAS..untuk kalian. mai baca:

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya

Andai perjuangan ini singkat, pasti ramai yang istiqamah

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia

Pasti ramai tertarik padanya

Tapi hakikat perjuangan bukan begitu

turun naiknya, sakit pedihnya

Umpama kemanisan yang tak terhingga

Andai rebah, bangkitlah semula

Andai terluka ingatlah janjiNya

Kerana apa perjuangan itu pahit?

..:::Kerana syurga itu manis:::..

perjuangan tidak terlaksana andai tiada PENGORBANAN

jadi

semarakkan pengorbanan

teruskan perjuangan!!~

(Rentak dalam percakapan seumpama melagukan suara: maksud daripadanya ialah
untuk mewujudkan kegembiraan hati dan jiwa yang menyebabkan kegembiraan
fikiran)-alHadith-



Wednesday, November 25, 2009

mari membela 'ikan'

Ahah!~

Alhamdulillah..malam ni berkesempatan ym dengan sorang akhawat yang baru meninggalkan bumi utm. Pergi ke satu tempat baru. Time2 ym dan diskusi tetiba mendapat satu analogi best. apa dia? Anda pernah melihat..jala? pancing? Kat mana? Lets say: lubuk. Ada apa dengan lubuk? Ha, ikan lah

Cerita bermula begini: ada dua orang lelaki yang bersahabat baik. katalah si Acit dan Icat. Kerja mereka ialah mengail ikan di satu lubuk..ikan. bukan lubuk ketam maupun lubuk belut (belut ada lubuk?).

Acit mencari ikan guna jala.Icat pula guna pancing. Guna jala, banyak dapat ikan. lagipun jimat masa. tapi sometimes ada ikan yang terlepas. dan ada juga terjala ikan yang bukan targetnya. Kalau Icat guna pancing, sikitlah dapat. sekor..sekor. penat, ambil masa. Tapi yang sikit ni lah senang nak jaga. Icat dapat fokus jaga setiap ikannya.

Ikan2 yang mereka dapat dari hasil jala dan pancing dikumpulkan dalam satu kolam yang dibuat khas. Kolam ni sentiasa di check secara konsisten suhunya, pHnya, salinity, dan kadar BOD nya bagi mengelakkan sebarang eutrophication dan neutrophication daripada berlaku. Kadang2 mereka buat PCR, untuk check ikan2 ni ada virus ke tak..tapi hantar makmal je lah. Tak mampu buat makmal sendiri. Bila ikan ada virus, mereka cepat2 asingkan/ kuarantin ikan tersebut. Supaya tak berjangkit virus tu pada ikan2 lain.

Ikan2 yang di bela diberi makan elok2, kadang2 tukar jenis makanan. Tapi still, bagi makan ikut time nye..kan ada ikan yang dibela tu kecil dan besar, jadi dorang asingkan ikan2 tu mengikut tahapan ketahanan, dan keaktifan ikan tersebut. bila membesar, jadilah ia chantek dan sihat. setelah mendapati ikan2 mereka membiak dengan baik..dan bagus, mereka pun berhajat memberikannya pada sahabat2 yang lain. Sahabat2 dorang ni berada di tempat yang berbeza. Kira bukan satu negeri la..dengan harapan ikan2 tersebut akan membiak dengan lebih baanyaak lagi.

ha, sahabat2 dorang ni pun kerjanya mengail ikan. kerja utama. tapi kerja dorang ni tak mendatangkan untung duit. sebab? dorang yang keluarkan duit untuk pelihara ikan, tapi last2 bagi ikan pada orang lain pulak..tapi dorang ada kerja sampingan. jadi petani moden..duit dari hasil jualan tanaman lah digunakan untuk cover budget pelihara ikan.

kenapa dorang nak mengail dan pelihara ikan?? sebab nak maintainkan dan pelihara kualiti spesies ikan2 ni, supaya tak pupus..kenapa tak mau pupus?sebab kehadiran ikan2 ni sangat penting sebagai penyeimbang ekosistem alam ini. kira penting la..penting

jadi..berdasarkan analogi di atas, macamana nak relatekan:

Acit, Icat, ikan, pancing, jala, lubuk, kolam, makanan ikan, virus, sahabat berbeza negeri, petani, hasil jualan tanaman, dengan usrah, dakwah dan tarbiyah?? sebenarnya setiap word boleh dikaitkan dengan 3unsur tersebut. masing2 ada fungsinya. Fikirlah dulu..nak share?bole3x..

kalau nak tunggu..nantikan sambungannya..

Sunday, November 8, 2009

cemburunya aku.....

aku selalu cemburu
bila jumpa orang yang....
wah, bicaranya umpama air sungai yang damai mengalir
membasahi hati2 manusia dengan kata2 penyubur iman
butir2 mutiara nasihatnya
sentiasa membuat aku nak jadi orang baaiik je

aku selalu cemburu
dengan orang yang....
banyaknya dan sukanya membaca!
pantang ada buku terbaru di pasaran
pasti nak dibeli
bile dia berkongsi pendapat
idea nya tak mengarut
respect lah!

aku selalu cemburu
bila ada orang yang
mampu bawa usrah dengan mantop
tak penat ke hulu ke hilir
tolong selesaikan masalah anak usrah
dan makanya, anak2 usrah semua baik
dan nampak perubahan yang baguss..

aku selalu cemburu
menjadi makmum seorang imam yang wara'
sentiasa memelihara diri dari dosa kecil dan dosa besar
dan juga memelihara diri dari dosa hatinya
doa-doanya..sungguh terkesan
mendayu-dayu...
hingga aku pun tak sedar aku menangis

aku selalu cemburu
dengan sahabat2 yang sentiasa senyum

ada masalah pun senyum..

pastu bole je lagi layan sahabat2 lain dengan baik

apa lah rahsia diorang ni

biarlah
aku selalu cemburu

kerna aku ingin jadi seperti mereka

makanya......

aku ingin sentiasa mendampingi

sahabat2 yang soleh....

sentiasa ingin berkongsi dengan mereka


..::jaga2 lah kalian::..

MySpace

Friday, October 23, 2009

kasih kita


kita semua gembira ketika itu..


apabila semua orang berbicara tentang:

*kasih sayang*
*pengorbanan*

*ukhuwah*

*perjuangan*

*kemaafan*
*keputusan*



maksudnya....
masa perpisahan akan berlaku
kesedihan melanda
kesayuan terasa

tapi......
berpisah kita oleh jarak dan masa
hakikatnya
kita sentiasa dekat
rapat, erat

dari Abu Hurairah (R.A):

nabi s.a.w bersabda maksudnya: ” Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi ” Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?” Beliau menjawab ” tidak, aku mencintainya kerana Allah” Maka malaikat itu brekata kepadanya “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.


dan lagi

Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang, dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaga malam dan demam.
Riwayat Muslim



ya..yezza..yup
kasih dan sayang ini sangat unik
tangis dan tawa kita kongsi bersama
ketika melakar impian
mencipta kenangan terindah

MySpace
*buat akhawat yang akan pergi meniggalkan kami..kalian sentiasa di hati*

MySpace

Tuesday, October 20, 2009

kamu + saya = berubah!


kenapa saya?
kenapa bukan dia?
boleh ke saya?
apa lebihnya saya?
desperate..apa?
sebab tu saya?



tidak
bukan kamu sahaja

kamu dan saya....kita bersama-sama..
berubah
dan upgrade level
buang karat2 hitam pada diri
..
polish dengan sikap & ilmu baru..

bagi licin..shining!
tingkat, buang, kongsi, gandakan



inilah masanya
jika bukan sekarang..bila?

jika bukan kamu dan saya..siapa?

dakwah ini akan terus berjalan



<<::**mari!!**::>>



sekarang bukanlah persoalan KENAPA..
tapi fikirkan BAGAIMANA

fikir..fikir..!

usaha..jaya!


Hendaknya suatu perjalanan dipimpin oleh orang yang paling baik akhlaknya, paling lembut dengan teman2nya, paling mudah terketuk hatinya dan paling mungkin dimintakan persetujuannya untuk urusan penting. Seorang pemimpin diperlukan kerana pandangannya yang beragam untuk menentukan arah perjalanan dan kemaslahatan perjalanan. tidak ada keteraturan tanpa kesatuan pengaturan. tidak ada kerusakan kecuali banyaknya pengaturan. Alam ini menjadi teratur kerana Pengatur alam semesta ini adalah satu..
(Ihya' Ulumuddin, 2/202)


"Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan,
dan tetapkanlah pendirian ku
bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran,
dan tabahkanlah hati ku dengan
mengingati Engkau,
dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang
Engkau redhai"