Monday, February 14, 2011

Assalamu'alaykum Ustazah!~

Kaki melangkah ke kelas seperti biasa. Badan rasa rimas dan letih kerana baru usai menjaga pelajar-pelajar tahun 4-6 rumah kuning menjalani latihan futsal. Kelakar, dia tidak tahu apa2 tentang futsal. Sedang anak2 ada yang bertanya tentang posisi dalam team mereka. Nasib baik ada adik lelaki yang memang kaki futsal di kolej, dapat lah dia berguru dan bertanya tentang sukan ini.

Gambar hiasan semata-mata. tiada kena mengena dengan si muallimah yang diceritakan..

Jika tidak kerana ada kelas yang ni, sudah lama agaknya dia mencari ruang comel di surau untuk merehatkan fizikal yang menjerit minta dibelai dan dimanja, seolah2 berkata, ‘aduh..regangkan lah sikit otot2 kami ni, terasa ketat lah’. Sabarlah duhai badan, apa saja letihmu jika dibandingkan jauhnya sahabat2 Rasulullah saw yang beribu batu di bawah panas terik pergi berdakwah melebar luaskan sayap islam..inikan pula kau? Menapak berapa langkah sahaja ke kelas untuk sebarkan ilmu. Apa lah sangat jika dibandingkan dengan mereka…


‘Qiyaman! Assalamu’alaykum ustazah!’. Si cilik ketua kelas bersuara


Hai la..apabila mata melihat wajah anak2 di hadapan, rasa letih semua hilang. Duhai anak, sucinya wajah kalian.


‘Wa’alaykumsalam wbt..allright, class, u may sit down’


Pelajaran di mulakan dengan mengulangkaji topik yang di ajari pada kelas lalu. Tajuk division. Rasanya tajuk ni mudah. Dia mengajar dua kelas untuk subjek matematik ini. Kelas lagi satu telah usai pun satu bab belajar. Namun, kelas yang ini, masih lagi merangkak mengejar silibus.


‘Allright, daripada keterangan ustazah tadi, semua boleh faham?’


‘Tak faham’. Ada seorang banat menjawab


‘Yang mana tak faham?’ Dia bertanya ikhlas


‘Semua. Tak faham semua ustazah’. Jawabnya dengan muka selamba


‘Nggr..asal lah tak leh faham. Paling mudah dah tadi diterangkan’. Ngomelnya sendiri, namun digagahkan langkah menuju ke arah banat tersebut untuk menjelaskan semula topik yang di terangkan.


Anak2 ini, tak semuanya cepat tangkap dalam kelas. Yang mana cepat faham, akan segera buat kerja yang di beri. Yang tak faham, atau buat2 faham cuba berhelah dengan meniru kawan sebelah. Sampai sudahnya, mereka buat bising.


‘Aulad, tolong senyap. Lepas ni ustazah nak tengok latihan dalam worbook antum.’ Tegas nadanya


Namun katanya tak di endah. Suara si anak2 semakin kuat. Nggrr..apa hal la bebudak ni.


‘Nta, berdiri sekarang!’. Tujunya ke seorang aulad. Si anak berdiri, di lihat latihan dalam buku tidak terbuat. Tiba2 hati bergolak rasa marah. Panas mukanya terasa. ‘Latihan tak buat, tapi bising dalam kelas. Kenapa?’. Teguran yang berbaur marah. Di lihat si anak hanya mendiamkan diri. Rasanya dah banyaaak kali ditegur si aulad ni. Bising betul dalam kelas. Masa ni juga tiba2 penat badan datang semula. Emosi rasa terus terganggu.


Sekilas buku yang dipegangnya di lihat dan segera dia ke papan putih. Bagai kilat, marker hitam di dalam pencil case di ambil. Kemudian, tangannya pantas mengguris kasar badan papan putih yang bersih dengan tulisan2 nota hari ini. Rasa sebak menyelubungi diri. ‘Tak faham, tapi bising!’. Rungutnya sendiri. Usai sahaja menulis nota, dia segera ke luar kelas. Suasana kelas sempat di rasai. Senyap. Sepi.


Di luar, dia mencari tempat duduk untuk menghela nafas ketenangan. Dilihat timbalan guru besar melaluinya. Senyuman ikhlas di kirimkan, namun dia hanya mampu membalas sebuah senyuman pahit. Kelat sungguh rasa.


Setelah agak lega, dia kembali mengorak langkah ke kelas semula. Senyap. Sepi. Semua sedang tekun menyalin nota di depan. Dilihat jam di tangan, waktu dah habis. Segera dia ke depan dan mengemaskan buku2 untuk bersiap keluar.


‘Ustazah, latihan yang ni ana buat ya’. Datang seorang aulad tiba2 menegurnya. Aulad ini. ya, aulad ini. Dia lah yang paling rajin dalam kelas. Memang dia. Pernah dipersoalkan pada si muallimah kenapa sahabat di kelas lain telah jauh belajar sedang kelasnya masih tertinggal. Ayat yang akan di ingat dari mulut si bijak ini sehingga bila2 ialah ‘ustazah tak mengajar kami dengan bersungguh-sungguh..sebab tu kitorang lambat..’. Tersentap benar hatinya mendengar tuduhan ikhlas itu.


Hati yang mula tenang tadi kembali bergolak. Sedih. Sayu. Anak ini..dan anak2 yang lain.


Bersalahnya si muallimah kerana menghukum mereka semua. Sedang yang bersalah sebenarnya hanya seorang. Ya Allah…rintihnya dalam hati. Usai sahaja memberi salam kepada pelajarnya, dia bergegas keluar.


Allah itu Maha Penyayang..betapa ramai hambaNya yang sentiasa melakukan dosa tanpa rasa segan silu. Namun kasih sayangNya tetap menghujani setiap ruang kehidupan hambaNya.. membasahi hati mereka dengan nikmatNya. Kasih sayang yang membersihkan hati manusia dari dosa2 yang dilakukan. sedang dia, seorang sahaja anak yang bersalah namun telah di hukum satu kelas dengan membiarkan mereka menyalin nota tanpa diterangkan inputnya. Kasih sayang kah ini? Segera dia berjanji, ‘insyaAllah anak2, ustazah akan mengajar dengan bersungguh-sungguh dan berlaku adil terhadap antum..insyaAllah!’


5 comments:

as-sa\'adati said...

Ustazah...selamat mengajar dengan bersungguh-sungguh...Semoga ALLAH permudahkan urusan ustazah... ;)

Tarhata Kiran said...

ha........ rindunya kenangan srih. berada disitu memang tak senang... tapi cukup mendamaikan..

yAya juN said...

as-sa'adati:

ngaa...kak adah ;p

tarhata kiran:

get first hand experience from u ma luuvvly sis!!!~

miszatie said...

http://miszatie.blogspot.com/2011/07/puan-norma-memerlukan-bantuan.html

The Dark Justice said...

eh..jd cikgu eh?