Sunday, May 17, 2009

lagI cAtItaN lI yAyA

Khamis, 07 Mei 2009
10.38pm

Bismillahrrahmaanirrahiim…

Alhamdulillah, masuk hari ke-4 di tempat LI ni. Pada 2 hari pertama, daya di lab Quality Water. Tapi sejak semalam hingalah habis LI nanti, daya akan terus stay di Lab Molecular Biology. Buat apa? Buat PCR (Polymerase Chain Reaction). PCR ni adalah satu eksperimen untuk amplify DNA (perbanyakkan @ replicate DNA). Dalam lab ni, apabila satu2 sample diterima (setakat ni dapat sample udang putih dan lug worm), kami akan amplify DNA sample 2 dan detect any DNA virus yang mungkin ada pada sample. Antara test yang dilakukan ialah WRSSV (White Spot Syndrome Virus), IHHNV (Infectious Hypodermal & Hematooietic Necrosis Virus)dan TSV(Taura Syndrome Virus).
Setiap satu sample mengambil masa dalam 2hari untuk dapat result. Untuk semalam dan harini, kami dapat 3 sample sekaligus. Terpaksa bertungkus lumus siapkan semampu boleh. Pagi tadi, bile check result untuk semalam punya, rupanya result kami tak jadi. Jadi, terpaksa buat semula electrophoresis untuk detect DNA virus if ada. Xpala, belajar dari kesilapan. Huhu..







Sepanjang minggu ni jugak, daya saling contact kawan2 yang sme2 berLI, bertanyakan apa kerja yang diorang buat. Wah..masing2 besh..ada yang buat tissue culture, ada yang check kualiti susu. InsyaAllah, pasni akan terus contact, nak cedok ckit ilmu dari dorang even tak banyak.. di tempat LI daya ni, ada beberapa department. Ada lab molecular biologi, quality control, athemia, kesihatan ikan dan bioteknologi. Dalam lab yang daya buat skang,equipment dia sama macam di lab kat UTM. Tapi buat PCR disini secara manual, kejap kena isi reagent ni, kejap kena incubate, penat dan leceh ckit. Nak buat macam mana, buat jak laa..hee,, Ada mesin automatic, tapi tak blaja g camna guna.

Disebabkan rumah sewa daya 2km dari pekan , jadi susah ckit nak kuar beli barang. Surau luar pun tak jumpa g setakat ni kat mana. Jadi dengar azan melakui tv semata2. Alhamdulillah rumah sewa ni fully-furnished, sume ada; mesin basuh, tv, meja makan, katil, dapur, bla..bla..semakin malas la nampaknya. Baju masuk mesin jak. Apa nak buat, masuk kerja sebelum pukul 8, abes selepas pukul 5. Waktu malam yang ada 2 la untuk berehat, cuti pun tak tentu hujung minggu @ x. Kalau ada sample, kena buat pcr. Tyme xda, baru dapat rest kejap. Tapi waktu yang ada t kena lari p mana2 lab, untuk kutip ilmu…

p/s: Rindu pada *******. Di sini, kena pandai jaga diri. Alhamdulillah ada seorang kawan juga yang sama2 mendapat tarbiyah walaupun berbeza wadah. Yang penting, daya tak keseorangan. Ikhtilat kena jaga juga. Doakan daya tak leka dan lalai..bukan mudah tapi kena hadapi semua ujian dengan kuat. Chiayuk daya!



<<<<<<>>>>>>>>

0 comments: