Ukhti..anti..sahabiahku
Rindunya saat kita bersahur, berpuasa dan berbuka bersama
Pasti kau ingat
Kau selalu membeli lauk di malam hari
dan keesokan paginya kita hanya tinggal menanak nasi untuk bersahur
kaulah yang pertama bangun, kemudian mengejutkanku dan sahabat2 lain
Pasti kau teringat
saat bilik kita diterjah pegawai kolej
Dan periuk nasimu yang baru dibawa telah menjadi umpan si pegawai
Duh…denda rm100 terpaksa di bayar
Walhal itulah hari pertama kita memasak nasi di bilik
Pasti kau ingat
Saat kita berqiamullail bersama di masjid
Waktu itu, sahabat2 kita semua lena dibuai mimpi
Kita masih berbicara, berbincang mengenai banyak perkara
Dan waktu itu, aku semakin mengenalimu
Kau nampak ‘ok’ di luar, sihat je
tapi sebenarnya kau ‘sakit’, hatimu perlukan ubat, dirimu perlukan sokongan
Sungguh kita di uji dengan ujian yang berbeza ukhti
Itulah istimewanya kita
Allah memberikan kita ujian yang terbaik, yang kita boleh hadapinya
Bersyukur lah ukhti, ujian mematangkan kita, menyedarkan kita akan hakikat hidup ini
Pasti kau ingat
Saat kita tidak tidur malam, berjaga bersama menyiapkan esaimen2 yang banyak
Dan saatnya waktu sahur tiba
Kau mengejutkankan ku di dalam YM
“bangun sahur!!”
Dan aku pun segera bersahur
Pasti kau ingat
Saat kita berusrah di bulan puasa ini
Waktu petang sememangnya waktu yang ditunggu2
Kita membeli juadah berbuka bersama, berjumpa sahabat2 seusrah
Berjumpa adik2 usrah
Seronoknya waktu itu
Pasti kau ingat
Kita berterawikh di banyak tempat
Kau kata, waktu inilah kita nak ‘variety’kan feel solat di utm
sekejap di KRP, di KTF, di BI, di MSI..
dan kita saling bertukar cerita, berkongsi rasa
Pasti kau ingat
Waktu aku ingin menangguhkan tiket pulang beraya
Dan aku meminta pertolongan darimu
Namun waktu itu kau benar2 tidak dapat membantu
“minta maaf..minta maaf tau. Ana rasa bersalah sangat tak dapat bantu”
Dan aku memahami, tugasmu..tugas kita
Tidaklah tertakluk sebagai pelajar sahaja..
Aku sedih..terharu
Bukan kerana kau tidak dapat menolong
Tetapi kerana waktu itu kau berusaha sedaya nya membantu
Walau hakikatnya kita tidak mampu memenuhi permintaan semua orang
Kita tidak mungkin dapat mencukupkan keperluan semua orang
Untuk aidilfitri yang bakal menjelang
Pasti kau ingat
Kau memberikan kad raya kepadaku
Tanpa ada balasan
Tetaplah ingat ukhti, ukhuwah yang dijalin atas dasar aqidah dan iman ini
Akan aku belai, dan pelihara sebaiknya
…:::Salam kemaafan:::…
…S*a*l*a*m__a*i*d*i*l*f*i*t*r*i…
Ramadhan yang kita lalui, moga merubah kita menjadi akhawat, muslimat, mukminah dan mujahidah sejati Sehingga ke akhir nanti..,**salAM leBARAn BUat seMua..Maaf ZAhiR + bATiN. rIndu RamadHan Ini aKan TerUs diNantI..**
Saturday, September 19, 2009
Rindu ramadhan II
Wednesday, September 9, 2009
special for FBB'ians
Aku merasakan ramadhan kali ini adalah sekolah yang terbaik bagi diriku untuk menilai kembali tahap keimanan yang dikendong selama 11 bulan sebelum ini. Dan kali ini ia benar2 dicabar. Walapun aku dihujani ujian yang kurasakan berat, menyusahkan..namun aku rasa bahagia dengan ujian tersebut. Terkadang aku merasakan lebih baik aku di uji dengan kesusahan berbading kesenangan kerana ia boleh membuat aku lupa pada Nya..ujian ini satu nikmat, kerana kesusahan yang datang membuat hubungan ku dengan orang2 yang tidak pernah ku jangka akan rapat dengan mereka, tapi bahkan mereka yang datang untuk menolongku.. terima kasih Allah..sungguh ramadhan ini sangat banyak nikmatnya
p/s: sangat berterima kasih kepada pensyarah2 FBB dan staf (Fakulti Biosains dan Bioengineering). Tunjuk ajar dan perhatian yang kami (student final year) dapat terutama untuk projek psm adalah satu rahmat dariNya.. biar fakulti kita kecil di mata utm, namun ukhuwah kita erat dan luas nya tiada batas..chewah~ (macam ayat graduate student, tapi xpa, ucap awal2..mana tau tak berkesempatan..)
moral of the story? buat yang terbaik untuk PSM!!
ni, promote ckit: http://www.bioscience.utm.my/
Tuesday, September 1, 2009
dulu begitu, kini begini?
sedang meng'explore' laman mayaternampak kartun di atas..
baca lah!
jadi?
mungkin berlaku..mungkin tidak..
ada yang bermula dengan 'zero'..kini dibentuk menjadi akhawat yang bagus
namun, apakah ia akan tetap menjadi 'yang bagus'?
"mari, berusaha membina dan pertahan kekuatan akhawat pada 'dasarnya' supaya kita tidak tersasar dari matlamat sebenar dan moga sentiasa MEMELIHARA HATI"
أللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعَْلمْ َأنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ َقدِ اجْتَمَعَتْ عََلى
مَحَبَّتِكْ وَالْتََقتْ عََلى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عََلى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عََلى نَصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ َفوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِ َ طتَهَا وََادِمْ
وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبَُلهَا وَامْلأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِىْ َ لايَخْبُوْا وَ
اشْرَحْ صُدُوْرَهَا بَِفيْضِ الإِْيْمَانِ بِكَ وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ
عََليْكَ وََأحْيِهَا بِمَعْرَِفتِكَ وََأمِتْهَا عََلى الشَّهَادَةِ فِىْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ اْلمَوَْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ َاللَّهُمَّ آمِيْنُ صَلِّى اللَّهُمَّ
عََلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عََلى َالهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا
َ كثِيْرًا.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui bahawa hati-hati (orang-orang yang dibayangkan) ini, telah berhimpun di atas dasar kecintaan terhadapmu, bertemu di atas ketaatan kepada-Mu, bersatu lagi memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat persetiaan untuk menolong meninggikan syariat-Mu. Oleh itu, Ya Allah, Engkau perkukuhkan ikatannya dan Engkau kekalkan kemesraan mawaddah antara mereka. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini akan jalan yang sebenar serta penuhkanlah piala hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati sanubari ini dengan keimanan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat (pengenalan yang sebenarnya) tentang-Mu. (Jika Engkau takdirkan kami mati) maka matikanlah hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah doa kami”.
<<:::J*A*L*AN D*A*K*W*A*H:::>>“Di atas jalan inilah Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda r.a berjalan, demikian juga kita dan para pendokong dakwah berjalan dengan taufik dari Allah. Kita dan mereka berjalan berbekalkan dengan iman, amal, mahabbah dan ukhuwwah. Rasulullah menyeru mereka kepada iman dan amal, kemudian menyatukan hati-hati mereka di atas dasar cinta dan ukhuwwah. Berpadulah kekuatan iman dan kekuatan akidah dengan kekuatan kesatuan. Jadilah jamaah mereka jamaah qudwah hasanah. Kalimahnya mesti lahir dan dakwahnya mesti menang walaupun ditentang oleh semua penghuni muka bumi ini...”
kata al-Marhum Syeikh Mustafa Mahsyur, Mursyidul Am Ikhwan Muslimin 5, Syeikh at-Tarbiyah wa ad-Dakwah.
**post di atas tidaklah ingin menekankan berkenaan berbaitul muslim (tapi penting ni..penting).,semoga kita menjadi akhawat yang benar2 'akhawat'..yang kekal thabat di jalan islam, kerana Allah..bukan pada nama sahaja, tapi pada setiap tingkah laku kita..ingatkan daya selalu!
Friday, August 28, 2009
rindu ramadhan
Rutin biasa, survey blog-blog berguna+berpengisian. Tup, sampai di satu blog..tengok artikel dia:
“Jangan menulis ‘diri’ sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri”
Hmm..peringatan yang bagus.
menulis tentang diri sendiri penting juga kerana kita perlu belajar dari sejarah. Supaya yang salah tidak berulang, yang benar terpelihara..TAPI tidaklah sampai seolah-olah hendak meng’expose’ diri pada orang lain..
Terima kasih buat sahabat itu’

**salam ramadhan buat semua sahabat tersayang. Mohon ampun akan segala khilaf yang disengajakan/tidak, kecil/besar, nampak/tidak..mengguris hati/tidak, salam kemaafan, kerna mungkin ini ramadhan daya yang terakhir**
Bagi sahabat2 yang berpeluang balik rumah, balik lah..biar 2 hari kita pulang, nampak sekejap, tapi kemeriahan berpuasa dengan family terasa berpanjangan. Mana tahu ini ramadhan terakhir kita?
Jom..!! kita buat banyaak2 ibadah bulan ramadhan ni~ takmo benci2, takmo berprasangka, takmo kecik2 hati..apa rahsia? “SENYUM”


"ya ALLAH, jadikanlah kami selalu mampu beramal yang menambah keredhaan dan ketaatan kepada-Mu. Wahai Dzat Yang Paling Mengasihani, wafatkanlah kami dalam keadaan Engkau redha pada kami. Lindungilah kami dari dahsyatnya kegoncangan pada hari kiamat"
Friday, August 14, 2009
“Aisyah Humaira”
Namanya seindah wajah, putih kemerahan..
Mukanya bujur, bersih.
Dihiasi dengan mata yang cantik dan bulu mata yang panjang melentik..
Sikapnya yang malu-malu tetapi sopan pasti menambat hati orang yang melihatnya
Dialah Aisyah Humaira yang ditemui semalam.
Ehem..ehem..!
Aisyah ni baru berumur 9bulan ya, kebetulan ibunya bawa ke masjid, jadi dapatlah memeluk cium adik ni. Comel sangat..subhanALLAH. betapa cantiknya ciptaan Allah. Dan sempat juga interview ibunya. Kakak mengamalkan penjagaan yang sangat teliti sewaktu mengandungkan Aisyah. Kebetulan sempat melalui bulan ramadhan yang lalu, maka kakak tak lepaskan peluang untuk sentiasa melakukan qiamulail. Ayat-ayat suci al-Quran tidak lekang dari bibir. Kurma dijadikan pemanis mulut, sentiasa ada disisi setiap masa. Apabila stok kurma sudah habis, maka si pemimpin rumah tangga atau suaminya akan membeli yang baru. SubhanALLAH..begitu teliti dan bersungguh kakak dalam mengandung dan melahirkan seorang anak bernama Aisyah Humaira, dan Alhamdulillah hasilnya lahirlah Aisyah sekarang, yang sudah boleh duduk dan berdiri walaupun baru 9bulan umurnya

Bila difikirkan balik, kita sentiasa ingin yang terbaik dalam kehidupan. Mahu kerja yang bagus, mahu pendapatan lumayan, mahu anak yang baik, soleh wa solehah. Semua yang baik-baik. Persoalannya, bagaimana @ gmana cara untuk mendapatkan yang terbaik itu? Maka semua pun sudah tahu jawapannya: iaitu kembali pada Allah..mohon padaNya..macamna nak kembali pada Allah? Nak beribadah sepanjang masa..duk masjid setiap waktu tanpa melakukan apa2? Maka jawapannya adalah tidak juga begitu deh..
Apa sahaja yang kita lakukan, jika kita ikhlas, mengharapkan redha Allah, maka mudah-mudahan Allah memberkati amalan kita itu dan membalasi dengan hasil yang baik. Cuba kita tengok, perhati..orang yang kaya-kaya, mewah harta, tinggi pendidikan, adakah mereka cukup gembira? Puas dengan apa yang ada? Mungkin ya..mungkin tidak. Bergantung pada pada jalan mana dia salurkan semua nikmat yang diperoleh.

Percayalah, dengan kembali pada Allah, kita akan sentiasa yakin dengan amalan yang dilakukan, hati jadi tenang, tenteram. Dan hasil dari apa yang kita lakukan dan kita laburkan, mudah-mudahan adalah yang terbaik untuk diri kita. Allah lagi Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Pokok pangkalnya kita berusaha, berusaha dan terus berusaha.. Jangan putus asa! =)
**muga apa yang ditulis ini menjadi perangsang kejayaan kepada semua orang dan perangsang pada diri sendiri jugak. Minggu depan present proposal final year project. Adeh..muga success daya!
Sunday, August 9, 2009
kerana amal ini
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah
tiada bicara seindah rasa untuk ungkapkan rasa syukur padaNya
Terima kasih Allah..
beri peluang pada diri melakukan amal kecil ini
muga ia memberi kesan besar pada yang menerima
namun adakah amal ini diterima?
ya Allah..sunguh setiap yang tersembunyi itu di bawah pengetahuanMu
terima kasih Allah..
beri kekuatan pada diri dan sahabat2 melaksanakan amanah yang tidak ringan ini
muga kelak ia menjadi pemberat kepada neraca amal kami di akhirat nanti
terima kasih Allah..
beri iman pada diri untuk terus di jalan ini
muga hati terus thabat dan istiqamah mencari redha Ilahi
muga semangat pada hari ini akan terus membara, menyala sehingga ke hujung nafas



