Tuesday, May 4, 2010

jaulah maya

meninjau-ninjau dari satu blog ke satu blog..

bermula dari blog yang rapat hingga ke link yang jauh

mencari input untuk di terjemah oleh akal, di fahami oleh hati, di amal oleh perbuatan..

yang ni..blog macam diari..semua benda nak di cerita. tulisan short form. macam tulisan orang malas..asal ada je
yang ni..penuh bermadah. ayat best. berkesan di jiwa jiwang

yang ni..wah, pandai menulis. tulisan nya mantap.. susunan cantik. pengisian padat

siapa diri untuk komen2 blog orang? siapa diri untuk cukup mengkritik seseorang dengan hanya melihat penulisannya? sendiri komen, sendiri punya blog macm mana? Sendiri buat, sendiri sedar..

dan..tiba di satu blog. pada satu postnya.. ayat nya pendek2. tulisannya ringkas. huraian nya padat. maksudnya jelas. tapi sangat berkesan. membawa persoalan menjengah minda, mengetuk akal, menyentuh hati. sentap. membuat diri kembali menyelak diari amal yang pernah di lakukan. ingat2 kembali peristiwa suka duka. untuk apa semua ini? semata2 untuk kebaikan diri? untuk orang rapat? untuk jemaah? untuk REDHA ALLAH? lantas akal berbicara, hati bertanya: untuk apa sebenarnya kita punyai blog? dada berdebar..adakah selama ini tulisan di blog bisa dikira satu amal dariNya..dengan post2 yang dipapar terang dalam blog? namun pengisiannya? Allahuakbar..

terasa seperti ingin tutup blog senyap2. sembunyikan diri diam2. pergi belajar dalam2. tunggu masa datang betul2. kemudian datang kembali baik2. tulis semuanya jelas2.

siapa diri untuk menunjukkan ada kelebihan. lemah. terlalu lemah dihadapanNya. terlalu banyak kurangnya. namun belajar dan teerrruusss belajar..kegagalan dan kesalahan akan menonjolkan kelemahan2 diri. membuka pekung di dada.


deep thinking...keep learning...

bersyukurnya diri berada bersama2 mereka

<<:::semoga:::>>

6 comments:

Anonymous said...

=)

yAya juN said...

???

snowss said...

you are right.betulkan niat kerana Allah..kalo nk pk ape org kata , payahlah...

yAya juN said...

hukhuk..

jazakiLlah akak..
miss u

laveNder freak0~ said...

tasneem nasharudin likes this..

p/s:penah rase nk tutup blog..haha~sbb blog xbest..coolblog jugak yg best..ngeh3~

yAya juN said...

"terasa seperti ingin tutup blog senyap2. sembunyikan diri diam2. pergi belajar dalam2. tunggu masa datang betul2. kemudian datang kembali baik2. tulis semuanya jelas2"

hmm..deep thinking..keeep learning =)