Friday, February 26, 2010

langkah bermula

Bismillahirrahmanirrahiim..

subhanaLlah, walhamduliLlah, wa La ilaha illaLlah..aLlahu akbar

semoga input yang sedikit ni memberi manfaat kepada yang membaca, lebih2 lagi kepada y menge’post’nya insyaAllah..

Daya menemui raamai para ilmuwan agama di sekeliling..tinggi ilmu mereka. kagum. Mereka punya kelebihan dan pakej masing2. Ada yang tidak memerlukan gelaran ustaz/ah untuk menyebarkan kebaikan..kerana mereka (dan kita) memahami seruan Allah swt.,

“dan hendaklah ada di antara kalian segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’aruf, dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang2 beruntung” (al-imran: 104).

Siapalah yang tidak ingin menjadi hamba yang beruntung di sisiNya..ya Rabb..dekati kami padaMu. Ya Rahim..kami ingin benar2 merasai nikmat kasih sayangMu. Merasai dengan hati. Maka janganlah Engkau membolak-balikkan hati kami setelah diberi hidayahMu..

(jangan lupa baca buku ni.BEST..)

Dalam buku “Bagaimana Menyentuh Hati” oleh Abbas As-Asiisy, ada dinyatakan tentang penampilan seorang da’i/ dengan kata mudahnya..orang2 y menyeru/mengajak kepada kebaikan. Siapa? Kita. ya. insyaAllah. Rasakan keperluan dan kewajipan dalam diri untuk mengajak sesiapa sahaja kepada kebaikan. Paling tidak pun kepada ahli keluarga kita dahulu..kemudian rakan2 terdekat..

Cara bertutur kata dan penampilan seorang da’i akan menarik perhatian orang yang mendengar dan melihatnya, kerana pada dasarnya jiwa manusia cenderung kepada penampilan yang indah dan menarik..betul, kan?. Lebih cantik lagi apabila dihiasi dengan akhlak yang mulia dan terpuji. Dakwah adalah menawarkan sebuah risalah dan landasan pola berfikir yang tercermin dalam akhlak, keperibadian, dan penampilan.

Imam Hasan al-Banna pernah ditanya: “kenapa anda tidak menyusun buku?” beliau menjawab, “tugas saya bukanlah untuk menyusun buku, kerana buku biasanya akan diletakkan di perpustakaan dan sedikit sekali yang mau membacanya. Lain halnya dengan seorang muslim, ia adalah ‘buku yang sentiasa terbuka’ ke mana pun ia berjalan, itu adalah dakwah”.

masyaAllah..jika dibandingkan dengan ilmu yang tidak banyak mana, tak pasti diri boleh dikategorikan sebagai buku apa. Tapi tak dapat menjadi buku yang tebal, sarat dengan fakta dan informasi, semoga dapat menjadi buku tulis yang berguna kepada orang lain. Tempat orang mencurahkan segala rasa, walau tidak memberi penyelesaian, namun memberi kepuasan kepada mereka. lalu, mereka akan menulis lagi pada buku itu. tulis..tulis..hinggalah buku itu penuh dan tiada ruang kosong. Mati. Tapi buku tersebut tetap di ingat. Di simpan kemas dan rapi.

Seorang teman berkata bahawa ia merasa tidak punya kemampuan untuk berdakwah kerana dia bukan seorang yang faqih dan bukan seorang yang tahu banyak tentang method dakwah. Jadi..nak mula dari mana? Daya nak suggestkan satu pendekatan mudah: senyum. Ya. Smile ! ^^v

Senyum adalah sedekah. Jika setiap muslim memberikan senyuman dengan saudaranya sesama muslim, kita akan menjumpai sebuah masyarakat muslim yang berwajah cerah dan saling mencintai. Dengan senyuman, ikatan mudah di bina, bila dah bina..kenali hati..mudahlah untuk di ajak pada kebaikan, insyaAllah. senyum juga salah satu method dakwah paling mudah. Dari surah ‘Abasa: 1-3 bermaksud: “Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa)”. Dari ayat ini, kita boleh ketahui bahawa setiap yang datang dari RasuluLlah saw adalah method dakwah dan manhaj (cara) tarbiyah (didikan).

Lagi tambahan..dari Abu Hurairah ra., ia berkata, RasuluLlah saw bersabda, “setiap anggota badan diwajibkan sedekah setiap hari di mana matahari terbit.” Para sahabat bertanya,” wahai RasuluLlah, bagaimana kita dapat bersedekah?” Rasul menjawab,”sesungguhnya pintu untuk berbuat baik itu sangat banyak. Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil adalah sedekah; mengeluarkan duri di jalanan adalah sedekah; menolong orang tuli atau buta adalah sedekah; dan menunjukkan orang yang kebingungan, menolong dengan segera orang yang sangat memerlukan adalah sedekah terhadap dirimu”

Nah..telah ada jalannya. Mulakan..senyum. Berkasih sayang. Hulurkan bantuan dan seperti dalam hadis di atas.

“maka disebabkan rahmat Allah-lah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu” (al-imran: 159)

Allahumma solli ‘ala Muhammad..wa ‘ala alihi wasohbihi wabarik wasallam…

0 comments: