Apabila pandangan tersirat datang menegur dan berkata;
“engkau telah berbuat silap"
“dirimu kotor kerana kesalahan itu”
Aduhai, manusia mana yang tidak melakukan kesalahan
Sedangkan mereka sentiasa dikelirukan dengan keputusan yang dibuat
Hati yang sering berbolak balik dengan prinsip yang dipegang
Namun jawapan syura itulah sebaik2 rujukan
Petunjuk dariNya adalah sebenar2 panduan
Yang diiringi rahmat dan redha dari tuhan yang Maha Agung
Maka pandangan itu dibalas dengan bicara si renungan;
“kepadaNya aku memohon ampun di atas kesalahan ini..”
manusia itu sifatnya terburu-buru
tergesa-gesa, kadang gopoh tidak menghala
“beristighfar banyak2..” pandangan lain tiba dan menyapa
Aduhai..indahnya ukhuwah, kesilapan tidak menyebabkan ia terus berpaling
Sebaliknya ia tulus, menyentuh hati, menyeru agar kembali padaNya
Sebaik2 tempat rujukan
Semulia2 tempat memohon
sebenar2 tempat bergantung
“Ya Allah..kepadamu aku memohon ampun”
astaghfiruLlahal’azim..
“jalan dakwah memang tidak ditempuh para malaikat. Ini jalan para manusia. Lebih dari itu, ini adalah jalan orang-orang yang ingin memperbaiki diri dari kekeliruan. Mereka yang bergabung di jalan ini tidak lain adalah orang2 yang menyedari betapa banyak kekeliruan mereka dan betapa mereka memerlukan bantuan orang lain untuk memperbaiki diri”
Pertama, kami pasti dapat menemukan kesalahan atas aib saudara kami, jika kami mencari-carinya. Ibarat lalat yang selalu mencari tempat dan sisi kotor dari tubuh manusia, pasti lalat tersebut dapat mendapatkan tempat kotor dari tubuh manusia, meski yang bersangkutan sudah berusaha membersihkan diri
Kedua, kesalahan dan kekurangan yang dilakukan saudara2 kami di jalan ini, adalah risiko dari mereka yang terus bergerak dan banyak aktiviti. Kerana itulah mereka sangat mungkin melakukan kesalahan. Hal ini menunjukkan dinamika mereka yang hidup di alam realiti di mana mereka juga dilingkupi oleh pertentangan dengan arusyang batil.
Dalam erti, kekeliruan seorang saudara harus diluruskan dengan adab dan cara2 yang baik. Dengan tujuan baik, method yang baik, objektif dan dengan kelapangan dada di antara kami..
Seperti yang pernah ditanyakan kepada Hasan Al Bashri, “siapa yang mendidik dirimu sehingga menjadi baik?” beliau mengatakan, “diriku sendiri”.”bagaimana bisa begitu?” Tanya orang itu kepada Al Bashri. Ia mengatakan, “jika aku melihat kebaikan dilakukan orang lain, aku akan menirunya. Jika aku melihat keburukannya, aku berusaha menjauhi perilakunya itu”
rujuk daripada buku ''beginilah jalan dakwah mengajarkan kami”
Jangan malu untuk melakukan kesalahan, tetapi malulah jika kesalahan itu kerap dilakukan tanpa tiada iktibar yang diambil
Monday, January 25, 2010
salah kamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wah..bagus2x..menelaah buku tu..mmg booster untuk kita barisan akhawat
ye..betul,tepat
sebenarnya baanyak lagi buku2 best untuk dibedah..
semoga sentiasa ada masa bagi orang2 yang memerlukan dakwah..
insyaAllah!~
^^V
yaya boleh jd duta M lili nur aulia :).
Alhamdulillah!
huhu~
i still remember the moment in that car..on that rainy evening..
alhamdulilLlah..
thanks kak lah!
vote 4 nowfara ^____^
Post a Comment