Dengan nama ALLAH, Maha Pemurah, Maha Penyayang..
Minggu yang sibuk. mengendalikan program..menguruskan PSM... sesungguhnya kita ini tidak akan terlepas dari di uji. Dan kerana ujian ini membuat kita semakin dekat padaNya. Membuat kita sangat berharap padaNya.. petang ini berkesempatan solat di masjid. Sebelumnya, membuat urusan2 dunia yang seolah-olah tiada penghujung. Dunia..dunia. sampai ada yang menegur: “kerja orang lain, kamu yang buatkan?”.hmm..
di masjid ini, sunyi, tiada orang. Maka bermula solat pada rakaat pertama. Tap! Ada tangan yang menepuk bahu, tanda minta solat berjemaah. Usai solat, segera menoleh pada si makmum. Ah, wajah bersih dan ikhlas ini. Pernah sekali bertemu dengannya di tasik UTM. Waktu itu sedang berjoging dan berehat sekejap di tasik. Manakala dia dilihat berseorangan sedang asyik menelaah tafsir al-Quran. Kami berbual, berkenalan dan langsung saling mengingati
Melihat pada wajahnya, hilang segala serabut di kepala. Terasa ringan segala beban yang ada. Namun, pada hari ini, dia tidak sihat. Suaranya yang agak sengau dan tangan yang panas menunjukkan tanda sedang demam. Sakit itu penebus dosa..
Alhamdulillah, sedang diri terasa kalut dan agak serabut, Allah pertemukan dengan insan ini. Di rumah Allah yang mulia ini. Sungguh, masjid itu adalah sebaik-baik tempat ketenangan..Sangat jarang dapat bertemu dengannya. Dia bukan dalam wadah yang sama. Namun istimewanya kita kerana islam. Kerana ukhuwah, berlandaskan iman..
Terima kasih, ukhti!
-mau menjadi seorang yang kuat!-
Friday, July 31, 2009
Terima KasiH uKHti!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment