Friday, December 12, 2008

Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali

0345,15 Ramadhan 1429 Hirah

Malam ni aku dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan..tadi wan (sahabat tyme sek menengah) ym..beritahu ada seorang kawan Chinese (1 kelas form 1-5) meninggal dunia. terkejutnya aku. Terkejut sebab kematiannya bukan disebabkan kemalangan @ penyakit..tetapi kerana membunuh diri.. kerana stress.wallahua’lam..mayat nya dijumapi semalam di tepi laut. Kawan non-muslim kami ni belajar di MMU,Melaka.Khabarnya majlis kematiannya diadakan sehingga selasa ini

Astaghfirullah..lemahnya manusia. Bila mana kita hadapi masalah..rujuk lah padaNya.”Dan TuhanMu berfirman:Berdoalah kepadaKu, nescaya akan kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orangyang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina” (alMukmin:60)

Lepas dapat berita tadi,aku tergerak nak hubungi kawan-kawan Chinese waktu sekolah dulu. Nak tanya kesahihan berita ni.Check2 handphone, rupa-rupanya tak ada satu pun nombor mereka yang aku simpan. Barulah tersedar, rupa-rupanya selama ni aku dah melupakan mereka. Biarpun mereka bukan muslim, tak sepatutnya diabaikan begitu. Astaghfirullah..lalainya aku. Sibuk dengan urusan di university, tapi langsung lupa kawan-kawan Chinese waktu sekolah. Tahu dorang sambung belaja kat mana tapi tak pernah hubungi secara direct..

“Dan janganlah engkau menyembah sesuatu yang tidak memberi manfaat dan tidak pula memberi bencana kepadamu selain ALLAH,sebab jika engkau lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya engkau termasuk orang-orang zalim”(surah Yunus:106)

Bersyukur ALLAH beri kita nikmat iman dan islam kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan non-muslim kita yang lain..Perlu ingat juga bahawa tanggungjawab kita bukan kepada sahabat-sahabat muslim sahaja, tapi juga pada kawan-kawan non-muslim..kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan study, tapi kita terkadang lupa dengan tugas utama kita diciptakan,iaitu untuk mengabdikan diri kepadaNya (adz-Dzaraariyaat:56).Tugas dakwah adalah tugas UTAMA setiap muslim. Dakwah bukan dari penyampaian ilmu sahaja, pendekatan mudah melalui perbuatan, tingkah laku,amalan yang baik. Teringat satu pesanan: dakwah tu no 1, tapi menuntut ilmu bukan no 2. Islam sendiri menekankan kewajipan menuntut ilmu..dan sememangnya islam is a complete way of life: syumul. Sama-sama lah kita muhasabah..

p/s:peringatan utama untuk daYA..dan kawan2 seterusnya

0 comments: