Terima panggilan telefon dari kakak malam tadi..ALLAH telah menjemput pak long bertemuNya..ya ALLAH, jika mati itu baik bagi arwah,maka aku redha. ya ALLAH..ampunilah dosa-dosa arwah. ya ALLAH, tempatkan arwah di kalangan hamba-hambaMu yang beriman. Ya ALLAH..berilah pengakhiran yang baik bagi arwah..
Sayang nya tak dapat balik kampung menatap wajah terakhir arwah..”pak long, amanlah kau di sana”. Pak long..anak saudaramu ini tak akan lupa segala kenangan bersamamu. Pak long..jangan risau. Semua orang akan kembali padaNya. Entah esok, entah lusa, atau entah sekejap lagi, daya pula akan menyusul mu..akan ku kirimkan fatihah dan doa padamu, mudah-mudahan diterima ALLAH..
(munafiqun:11)
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu Yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah amat mendalam pengetahuannya mengenai Segala Yang kamu kerjakan.
p/s: semoga kita dapat mengecapi pada hari ini, bahawa kesedihan kita atas kehilangan saudara kita yang kita kasihi, perlu kita sertakan dengan kesedaran bahawa kita masih hidup, dan perlu meneruskan hidup, dan Allah telah memberi peringatan kepada kita untuk kembali beriman kepada-Nya, melalui peristiwa ini. mudah-mudahan Allah mencampakkan bantuanNya di hati kita, agar kita sama-sama dapat berusaha untuk memahami tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya