penyeru hati2 ke arah pengislahan diri
memimpin amal ke arah mengharap redha Ilahi
kembalilah kepada fitrah islami
islam y syumul, mulia dan suci
ya Allah..kadang terasa mahu menyembunyi diri
jauh dari kehidupan duniawi
mahu menyendiri bersamaMu Ilahi
menggapai cintaMu yang membawa kebahagiaan sejati
jauh dari rasa yang tak pasti ini
dari membawa diri ke dunia tipu cinta manusiawi
ya Rabbi, kadang terasa betapa lemahnya diri
menghadapi situasi2 menguji nafsu yang mengekang ini
ya Ilahi..aku takut melihat da'e sendiri hanyut dalam keseronokan yang dicipta sendiri
membuat amal yang tercanang tanpa disedari..
kenapa mereka sibuk bercerita begitu begini
sedang pembaikan diri tak lagi mencukupi
membincangkan perkara-perkara yang dianggap lebih tinggi
dari membincangkan permasalahan asas yang belum usai lagi
ya Rahman ya Rahim..
aku ini hambamu y hina serba serbi
hidayahMu adalah milikMu yang hakiki
sunggguh ku tak berdaya melawan kritikan2 y menggigit naluri
biarkan mereka dengan ciptaan pendapat y diberi
aku mahu bangkit terus gagah berdiri
jadikan aku da'e yang benar dan sejati ya Rabbi..
amiinn..ya Rabbal 'alamiin...