Monday, June 22, 2009

anDai Kau TahU

Dengan nama ALLAH, Maha Pemurah, Maha Penyayang..

21 jun ’09, 12.16pm

Petang semalam, rutin seperti biasa. Daya dan seorang sahabat bergegas menuju ke Makmal Kesihatan Ikan, untuk memberi makan rotifer (sejenis makanan ikan). Rotifer ini kami pure culture kan dan ia menjadi projek kami di sini: ‘pure culture rotifer sebagai makanan ikan’. Faham ka? Pergi check kat Wikipedia ya

Semasa menyarung kasut, daya ternampak dua orang budak lelaki sedang bermain bola. Seorang menjaga gol..seorang lagi dengan pose hendak menjaringkan gol. Segera fikiran teringat pada adik lelaki di rumah. Dia pun suukaa.. main bola sepak. Tak dapat bermain dengan rakan sebaya, dengan pemuda kampung pun masuk. He, nakal, lincah. That’s my bro.



Dalam perjalanan bergegas ke lab, bola yang ditendang oleh budak lelaki tadi laju bergolek ke arah kami. Buk! Masuk longkang.

“kak..!kak..!”

Daya menoleh. Adik tadi memandang kami;

“kak..! Tolong ambilkan bola. Dapat pahala..!”

Kami tersenyum. Laju menyusun langkah. Tapi bukan untuk mengambil bola, sebaliknya kami menuju ke jalan lain: ke lab.

“maaflah dik, akak kejar masa ni, tak sempat ambilkan..” (monolog)

Apabila perasan kami tak menunjukkan tanda untuk menolong mereka, akhirnya adik tadi berjalan sendiri mengambil bola yang jatuh. Sebenarnya kami mengejar masa kerana housemate kami akan pulang ke rumah petang tu. Ibu dan bapa nya dah sampai. Kebetulan kami kena pergi lab. Mujur pak cik dan makcik mahu menunggu kami.

Kurang 15 minit kami di lab, daya dan sahabat ni segera pulang. Hm, pemain-pemain bola tadi dah bertambah. 9 orang..ada yang berselipar, berkasut sekolah dan ada yang berkaki ayam. Ah, budak-budak..asal dapat main, tak pakai kasut pun takpa. Teringat kembali pada adik lelaki yang pernah minta abah belikan kasut bola. Abah turutkan ja. Mintalah apa saja, asalkan mendatangkan kebaikan, pasti abah akan usaha dapatkan.

MySpace MySpace MySpace


Mak housemate kami ada bawakan mee sup sebagai mini jamuan perpisahan. Syukur..rezeki. Mudah-mudahan murah rezeki housemate kami dan keluarganya. Amiin..itulah kelebihan apabila kita ikhlas memberi makan pada orang lain. insyaAllah, di doakan dengan rezeki yang baik. Jamuan sudah, bermesra sudah, kini tibalah masa untuk berpisah (macam ayat pengerusi majlis pulak). Housemate kami itu ialah e**, adik yang daya ada cite dalam post lalu.

“Terima kasih mak cik..lain kali jumpa lagi”.

Tangan dihulur dan salam disambut. Sejurus, mak cik menyelitkan sekeping sampul duit di tangan. He, duit raya! Belum puasa, apatah lagi raya..sudah dapat duit. Alhamdulillah..baik sungguh mak e**. Patutlah pak cik cakap mak cik ramai anak angkat.

“e**, jaga diri baik-baik. Ada apa-apa mesej lah ya”. Kami berbalas salam

“ye..kak”.

Mudah-mudahan kau istiqamah dalam mencari redhaNya..dik. e** pernah bercerita, untuk mencari jodoh seorang ‘ustaz’. Waktu dia mengatakan begitu, hati daya tercuit. Manusia itu sering ingin mendapatkan yang terbaik untuk dirinya. Berdoalah padaNya dik. Mintalah apa sahaja yang kau mahu, tapi jangan lupa menjadi hambaNya yang selalu bersyukur. Lakukan suruhan dan jauhi laranganNya..

Meluncur kereta pak cik meninggalkan kami. Hero-hero kecil yang bermain di hadapan rumah masih rancak menggelecek bola. Masing-masing ingin membolos gol pihak lawan, mendapatkan gol kemenangan. Daya capai handphone, menekan nombor di handphone. 017 737****. Hm, dapat!

“Helo..assalamualaikum!”

“Helo..ye. Ape?”

“Kat ne ni..?”

“Nak gi darat..kat atas moto ni. Ada apa?”

“Em, tak. Saje je..tak pelah..bye”. talian diputuskan

Jawab telefon sambil menunggang motor? Bahaya sungguh adikku sorang ni!

Kakak mana yang tidak bangga dan bersyukur dikurniakan adik lelaki, hero dan harapan keluarga. Andai kau tahu kakak ini menyayangimu..kerana kita berjauhan, kerana kita jarang bermesra, kerana kau selalu ditegur, tidak bermaksud kau dilupakan. Tak bermakna kau diabaikan. Dunia dan akhirat..moga kamu berdualah adik lelaki kebanggaan akak. Kadang-kadang kita ego dalam menunjukkan sayang pada seseorang. Maafkan akak andai kita terasa jauh walau hakikatnya dekat..

Pukul 7 petang, budak-budak lelaki yang bermain bola di depan rumah sewa kami tidak kelihatan lagi. Sudah pulang. E** pun mungkin dah nak sampai ke rumahnya. Adik lelakiku? Dah pulang ka dia ke rumah? Dia selalu saja leka berbual dengan rakan sekampung. Entah apa yang dibual bicara, sampai senja baru pulang ke rumah. Hmm..nakal, lincah. That’s my bro.



Dunia dan akhirat..moga kamu berdualah adik lelaki kebanggaan akak..

p/s: jika post daya ni dikira peribadi, maaflah ya. kita semua ada keluarga dan adik-beradik. moral of the story: luv ur family!(^_~)

Wednesday, June 17, 2009

*ManisnYA..*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

17Jun’09, 1207pm

Dalam al Quran Allah ada menyatakan:

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (Al-Qashash:56)

Sememangnya kita hanya mampu berusaha untuk mengajak orang melakukan kebaikan, menegur kesalahannya..biarpun banyak usaha dilakukan, namun akhirnya hidayah itu Allah jua yang berikan pada hamba-hambaNya yang dipilih.

Di sini daya nak kongsi satu cerita. Kisah benar..he, sememangnya manisss sangat kalau kita berjaya mengubah seseorang dari melakukan maksiat dan dosa kepada jalan yang benar. Tapi, betul-betul ka kita dah mengubah orang itu? (semoga Allah beri hidayah padanya agar dia istiqamah dalam mencari redhaNya..). Cerita bermula dengan seorang adik, asalnya dia free hair dan suka keluar dengan lelaki, tidak menjaga batas pergaulan dengan yang berlainan jantina. (kita, jangan cepat menghukum orang..ya). Bukanlah bermaksud di sini untuk kita merendahkannya..baca dulu sampai habis

Adik ini walaupun tidak menjaga ikhtilat, dia baik. Pandai mengambil hati orang, namun kekurangannya seperti yang dikatakan, tidak menjaga ikhtilat dengan betul. Jadi, bila sudah tau sesuatu kesalahan, apa peranan kita? Tengok, perhati, sibuk mengutuknya..atau menegurnya?

Walaupun kita tidak dapat menegurnya secara direct, kita tunjukkan keindahan islam melalui akhlak yang baik, bagaimana cara yang betul untuk berhubungan dll. (kadang-kadang teori itu lagi mudah diperkata berbanding praktikalnya)

“Setiap hati memiliki kunci, dan tugas seorang dai adalah untuk mendapatkan kunci itu agar ia bisa memasuki hatinya lalu hati itu menyambutnya”

Suatu hari di meja makan:

“akak pandai tajwid tak?”

“em, insyaAllah..boleh. kenapa?”

“nanti e** nak belajar dengan akak. E** boleh ngaji, tapi kena ade orang tengokkan, sebab tajwid tak bagus sangat”

“boleh je..nati blaja dengan kak y*** ya”

Perbualan disambung: “e** dulu masuk pertandingan tilawah dari darjah 4 sampai tingkatan 1”

“owh, e** masuk darjah khas?”

“masuk, tapi lepas sijil je. Tak dapat apa2 pangkat”

“kenapa e** tak praktikkan apa yang dah blaja masa darjah khas?”

“sebab e** nak rasa semua dulu, nak enjoy..t dah sampai masa, e** berubahlah. Ustazah kat kolej dulu pernah cakap dia lagi teruk dari kitorang, tapi skang dah jadi ustazah”

“owh..”

Pada malamnya:

“e** ni boleh mengaji, cumanya bila dia terhenti, dia akan melatah” kata seorang sahabat

“isy2..nanti salah pula maksud ayat alQuran tu, dah disambungnya dengan melatah dia. Tapi syukurlah dia dah ckit berubah..”

Pagi esoknya:

“isy, cepatnya e** bangun. Dia dah mula nak solat subuh”

“Alhamdulillah..”



Seronok bergaul dengan ramai orang. Bila kita nampak kesalahan padanya, dekatinya, dan tegurlah dengan yang terbaik. Mungkin di meja makan, ketika menonton tv, ketika hendak tidur..di mana saja kita boleh sebarkan kebaikan pada orang lain. Ambik masa ke nak ajak orang buat baik ni? Memang..mungkin sebulan..setahun..seumur hayat? ALLAHua’lam..

Aslih nafsaka wad’u ghairaka (perbaiki dirimu dan serulah orang lain)

“ia bukanlah berkenaan siapa kamu dan apa kedudukan kamu, tapi ia berkenaan bagaimana kamu menggunakan segala ruang dan kesempatan untuk mengajarkan kebaikan kepada orang lain”

Ibu mana yang tidak gembira apabila anak yang selama ini lalai dalam suruhan agama, namun suatu hari apabila dihubungi mengatakan dia sedang mengaji..ibu mana yang tidak bersyukur apabila anaknya ada mengatakan hasratnya untuk bertudung setelah lama membiarkan dosa-dosa rambutnya dipamerkan pada orang-..ibu mana yang tidak menangis apabila anaknya yang selama ini banyak membuat dosa, tetapi kembali sedar akan kesalahan yang telah dilakukan?

Kita tidak sempurna..tapi berusahalah untuk memperbaiki diri. Sesungguhnya Allah itu amat suka pada hambaNya yang selalu bertaubat dan istiqamah dalam melakukan sesuatu amalan.

Alhamdulillah..pengalaman sepanjang 6minggu berLI di sini, baanyaak menyedarkan daya tentang banyak perkara. Tentang erti bersahabat, tentang memahami sesuatu dengan hati, berlapang dada, berhadapan dengan orang yang ego serta menghadapi ego sendiri..(tentang bulan? Bukanlah..). sebab tu daya lebih suka cerita sesuatu yang benar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian..kerana kita telah merasai, meyakini dan menyaksikan akan kebenarannya

untuk adik e**, akak mendoakan adik sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayangNya..mudah-mudahan adik istiqamah dalam memperbaiki diri..

p/s: biar diri berjauhan asal hati diikat cahaya kecintaan, padamu teman kuukir kalam kenangan, secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan, suka, duka, tawa hiba, gembira kecewa adalah asam perjuangan, biar diri dihina, biar jiwa terluka, asal dapat menabur bakti untuk agama (peringatan dari seorang kakak,,)